Thursday, September 29, 2005

Putrajaya





hari ni aku melepak sakan ngan member dekat kedai mamak kat putrjaya . dah bosan la plak asyik2 lepak hassan je. lepas tu kitaorang bergambar sakan la dekat area2 dekat putrajaya. best jugak la.

Wednesday, September 28, 2005

drum

semalam aku ikut budak aitonikui gi jamming. mula2 tu aku rimas gila duduk dalam studio tu. punyalah rimas. bising giler. lepas tu best plak. aku tgk blue main drum. power . aku terus belajar ngan blue camna nak main drum. payah giler nak main drum especially bila nak gunakan kaki. memang tak bleh pisahkan kaki ngan tangan. takpe hari ni aku nak cuba lagi. math lambat lagi. esok2 la baru study.

Sunday, September 25, 2005

Demam peperiksaan



esok dah nak exam english. aku baru je balik dari rumah. dah lama tak balik rumah. apa yang nak study untuk english ni huh? lusa plak exam mla. lagilah. subjek yg bosan. tapi kena belajar gak. haih. leceh2. malam ni kot baru nak study. lagi satu, ni gambar poster ngan member2 aku .

Thursday, September 22, 2005

i'm back

dah lama tak tulis blog. sebab dua minggu yg lepas ni memang busy giler ngan assignment. Sekarang ni semuanya dah berakhir. tapi utk semester ni je lah. yg lain belum lagi. baru permulaan je ni. tapi buat masa sekarang ni aku nak rileks kejap la. esok aku balik rumah. sebab parents pun dah bising lama tak balik. untuk malam ni aku nak main game puas2. lepas tu tgk movie. hahahaha. enjoynya hidup aku buat masa dan ketika ini.

Tuesday, September 20, 2005

Drawing plak

pagi ni mmg tak tido la. Sebab kelas drawing kul 9. kalau tido sure aku tak bangun nye. Dah la hari ni nak hantar final project. Ntahla. bnyk lagi yg tak siap. tapi hari ni dtg tinggal nak touch up je. pastu hantar. then esok ada kuiz math. lepas tu baru boleh rilek kejap. minggu depan dah nak exam la plak.ermmm. whatever la.

Monday, September 19, 2005

Mdf

Fuhhhh. Lega. Baru aje hantar mdf pukul 2 tadi. Lega jugak la sebab dah lepas satu beban. Tapi ada lagi satu iaitu drawing. Malam ni atau petang ni kot baru buat. Esok dah bleh hantar drawing. lepas tu kuiz math plak. Bilik aku habis bersemak. Budak2 buat mdf. Tapi di sebalik buat mdf ni, aku juga dapat sesuatu. Seronok. Sebab aku ada bnyk kawan. Dan dalam dua tiga hari ni, walaupun agak penat tapi best. Whatever la.Aku nak sambung main gta San Andreas.

Wednesday, September 14, 2005

Hari Rabu

Ahh. Aku tak tido hari ni. Budak2 buat j session plak kat bilik. Then buat lawak and whatever. Aku terus takleh tido. Alang2 dah subuh, aku ngan ridz ngan shah sembahyang subuh berjemaah sama2. Lepastu kitaorang gi breakfast kat hassan. Makan telur separuh masak dua biji, Roti planta dan nescafe panas. Wah best2. Pastu kelas drawing plak. En hanafiah plak asyik membebel je. Ah aku tak tahan betul. Kelas mla plak just pergi, sign attendance then balik tido. Ambik rehat jap. Pukul 5 bangun buat reading portfolio balik. Tetiba dpt message dari yang . Dia ckp kena hantar sketches kat En Ramlan sebelum pukul 6. Waktu tu dah pukul 5.40. Ahh. Bergegas aku buat sketch.Aku call ramlan mintak dia tunggu jap. Pastu aku gi ngan aman.Dia cakap dia accept . Ahh lega. Lepas ni nak sambung balik reading portfolio.

Tuesday, September 13, 2005

Huhuhuhuhu~

Minggu ni memang betul2 tough bagi aku. Baru je abis hantar komik strip dgn website dia sekali. Lepas ni nak kena buat reading portfolio. Khamis ni dia nak . Hari ni dah selasa. Nak kena siapkan 22 article report. Huh penat gila. Esok plak ada kelas drawing. Final project. Tough jugak . Pastu nak kena jumpa En Ramlan utk sketches. Minggu ni nak siapkan Final projek utk mdf.petang2 ni lepak2 kejap la. Rehatkan minda sebab malam ni dah nak kena mula struggle balik.

Thursday, September 08, 2005

Drawing




Hari ni dah mula pergi kelas macam biasa. Tapi agak susah la nak jalan. Dah la hari ni kelas melukis. Susah jugak la nak melukis pakai tgn yg sakit dan luka. Tapi takpe. Aku lukis jugak slow2. Boleh tahan la sketches aku tadi. Bila la tgn nak elok ni. Kaki pun sama. Terjengket2 aku jalan tadi. Penat gila.

Wednesday, September 07, 2005

Full story

Luka2 aku telah pun kering. Hanya menunggu ia sembuh. Sakit tu dah kurang la sikit. Cerita dia macam ni. Waktu aku ride motor tu, aku ride macam biasa je. Sampai dekat corner tu aku noticed ada kotoran berwarna hitam yg bnyk atas jalan tu. Aku ingat itu hanya kesan2 kotoran. Aku terus menunggang seperti biasa. Tiba2 bila tayar scooter aku berada atas kotoran itu baru aku sedar kotoran itu adalah minyak yg masih basah dan licin. Tapi semuanya dah terlambat. Aku hilang kawalan dan terus jatuh tergolek. Mula2 aku tergolek. Tiba2 aku sedar wan ada dekat belakang aku. Dan aku terus terseret di atas jalan tar itu. Sedang aku terseret aku terdengar wan bersuara begini,"oh, shit, shit, shit". Kelakar plak bila dingat2 kembali. But wan tak teruk sgt. Wan sekarang ni sudah pun sihat dan boleh berjalan laju. Aku je yg terhegeh2.Tapi perkara yg paling menyeksakan ialah waktu luka aku di cuci. Memang perit. Apa jenis cecair dia bubuh dekat atas luka aku. Aku mengerang. Cukup pedih. Tapi sekarang ni tgn aku masih tak sembuh lagi. Begitu juga lutut aku. tapi mc 2 hari telah pun berlalu. Macamana aku nak drawing esok?

Sunday, September 04, 2005

Accidentally



Hari ni mmg malang bagi aku. Tak pasal2 aku accident. Yang paling buat aku bersalah ialah wan affendy turut terlibat. Aku muncul ni utk menjawab persoalan ramai. Aku sihat dan dapat mc dua hari. Overallnya just injured skit. Tapi mmg tak sangka jalan tu berminyak. Kitaorang mmg shock gila. Aku sampai sekarang masih bleeding. ntahla. Tapi aku rasa amat bersalah kpd wan. Wan aku minta maaf sgt2.Nasib baik ada sarah bwk kitaorang ke klinik kat dengkil. Serious mmg perit waktu doktor cuci luka aku. Nak tulis bnyk2 sakit tgn. Aku akan cerita dgn lebih terperinci bila dah sembuh nanti.

Saturday, September 03, 2005

Cheated

Bengang giler bila tau the truth. Tak pasti siapa yg salah. Shit!!!! Shah tipu aku. Dia gunakan aku utk ambik wallet dia. Dalam tu ada receipt utk dia claim duit. Tgh2 mlm dia suruh aku hantarkan benda tu kononnya sara or whatever cmc tu nk minta aku berlakon la bla bla bla. Kalau nak minta tolong just ckp je la. Takyah la nak buat aku cam ni. Serious aku bengang gilerr. Apa makna kawan?

The boxer


Hahahaha. Wan Affendy dah balik. aku baru balik dari makan hb3. Masuk bilik je jumpa Wan Affendy. Tadi mkn mula bertiga je dgn zaxx ngan ridz. Tetiba dtg plak elyn ngan konco2 nya. Pastu balik makan jumpa la Wan Affendy dgn boxer barunya. Kali ni dgn corak Bugs Bunny. Mampukah boxer baru wan ini menandingi boxer Spongebob Square pant Daus yg telah sedia terkenal menerusi video clip ci ke ah. Apapun hantarkan undian anda. Hidup boxer Bugs bunny wan!!!!

Hari sabtu



Hari ni baru nak start buat mdf. Tapi semalam dah cari dah bhn2. Kiranya hari ni tinggal nak buat je la. Dah siap takat simulated. yg abstract ngan invented tu nak siapkan mlm ni. Pastu esok bleh touch up2 je.harap2 sempat lerr.

~huh~

Dah lama tak tulis blog. Bukan sebab apa. takde semangat sebenarnya. Ntahla. Aku rasa sejak akhir2 ni cam tak best je. Tadi aku pergi src. Tolong shah, sara, amin dan krew2 cmc yg lain. Diaorang nak buat video lagi. Dapat gak la hilang bosan. Tadi aku tgk video clip rossa. Lagu pudar. Tak sangka la plak rossa tu comel giler. Macam Nora Danish pun ada sikit2. Tgk ulang2 pun tak bosan. Tapi balak dia dalam video clip tu bodoh giler. Ada awek sikit punya comel pun tak appreciate. Sekarang ni tgh tunggu amin dtg bilek utk sambung video clip yg tgh nak buat ni. Bosan2 aku tulis la blog. Sebenarnya ada something yg mengganggu diri aku sejak kebelakangan ni. Tapi. Entahla...