Wednesday, December 14, 2005

bola




Best giler hari ni main bola. Aku jadi defender je. mestilah tak score. tapi yg bestnye, first time gambar aku ditangkap sewaktu bermain bola. gila best. macho plak tu. chey puji diri sendiri . dah2 abis.tgklah gambar2 aku ni.

Thursday, December 01, 2005

Malam Gemerlapan Aidilfitri




Walaupun malam gemerlapan aidilfitri dah lepas, aku tetap nak tulis pasal malam tu. Awak nak buat apa dengannya? malam tu kira best jugak la. Dapat pakai baju raya, then salam2 dgn member then sembang2 la. memang mode raya tu ada la. Tapi aku kena jaga bahagian makanan. la tak best betul jaga bahagian tu.Dahla makanan tak cukup. aku yg bagi makanan ni tak merasa la nak makan kuah kacang. dahla tu kegemaran aku. Takpela, yg penting dapat bersama ngan member2 malam tu. Then bergambar sakan la. Sampai pening aku kena flash kamera yg bnyk sgt. Malam semalam pulak ada meeting pasal event tu. Rasa macam apprentice plak. Saling menyalahkan di antara satu sama lain. Tapi apapun event tu dah berlepas dan walaupun nampak kelam kabut tapi ok la kot.

Monday, November 14, 2005

Welcome Back

Hari ni dah mula belajar balik. Hari pertama untuk trimester yg kedua. Seronok dapat jumpa kawan2. Dah lama tak jumpa. Hilang rindu. Kalau dekat rumah tu lepak sorang2 je la. Hari ni aku ada satu kelas je. Agak rilek la hari ni. Esok dgn rambu memang padat jadual aku. Especially rabu. Hari rabu aku ada kelas dari pukul 8 sampai pukul 6. Memang penat. tapi hari khamis ngan isnin aku ada satu kelas je. Hari jumaat plak takde kelas. Whatever la.

Friday, October 14, 2005

Holiday

ni aku baru buat time cuti ni


dah lama tak tulis blog sebab sekarang ni dah mula cuti. time cuti mmg bosan. member takde, pastu bila online plak ada berapa kerat je yg on9. tak tau nak buat apa. dahla puasa. nyudahnya aku ni asyik tido je. kurang pahala puasa aku. hari ni aku aktif skit la. lepas gi semayang jumaat aku gi balik universiti kejap sebab nak ambik resit beli komputer. dvd rom aku rosak sikit so aku nak minta tukar lain.tapi bila aku balik rumah aku tido gak sampai la lagi 10 minit nak berbuka karu aku bangun untuk semayang asar.huhu teruk giler.

Tuesday, October 04, 2005

Untitled


malam ni aku gi sembahyang terawikh. esok dah nak puasa. lepas tu dah nak raya. huhu.best giler. aku rindu nak raya. sebab tahun lepas aku dapat raya kejap jer. hahaha. tak kisah la. lepas tu aku ikut ridz ngan alef gi study. bila balik aku dapat tau sesuatu yg membuatkan aku jadi sgt la emo. hahaha. tapi aku kena control cool jugak. tapi hakikatnya malam ni sgt menyedihkan bagi aku.lalu aku edit gambar. walaupun buruk tapi dapat menenangkan sikit perasaan aku.

Monday, October 03, 2005

Photoshop lagi


ni artwork yg latest



sejak akhir2 ni aku asyik dgn photoshop je kerjanya. padahal cg tak stdy lagi. jumaat ni dah nak exam. apa la nak jadi ngan diri aku ni. tapi bukan apa, seronok edit gambar. tambah2 lagi bila gambar yg kita edit tu lawa. satu kepuasan bagi aku.

Sunday, October 02, 2005

Photoshop.





mentang2 baru habis math. aku berehat sakan. pergi mid valley la semalam . lepas tu swimming la, sambut birthday la, macam2 la. tapi sebenarnya aku belajar pakai photoshop. aku baru je habis menghasilkan artwork yang terbaru. tak best tapi bolehla. baru belajar.

Thursday, September 29, 2005

Putrajaya





hari ni aku melepak sakan ngan member dekat kedai mamak kat putrjaya . dah bosan la plak asyik2 lepak hassan je. lepas tu kitaorang bergambar sakan la dekat area2 dekat putrajaya. best jugak la.

Wednesday, September 28, 2005

drum

semalam aku ikut budak aitonikui gi jamming. mula2 tu aku rimas gila duduk dalam studio tu. punyalah rimas. bising giler. lepas tu best plak. aku tgk blue main drum. power . aku terus belajar ngan blue camna nak main drum. payah giler nak main drum especially bila nak gunakan kaki. memang tak bleh pisahkan kaki ngan tangan. takpe hari ni aku nak cuba lagi. math lambat lagi. esok2 la baru study.

Sunday, September 25, 2005

Demam peperiksaan



esok dah nak exam english. aku baru je balik dari rumah. dah lama tak balik rumah. apa yang nak study untuk english ni huh? lusa plak exam mla. lagilah. subjek yg bosan. tapi kena belajar gak. haih. leceh2. malam ni kot baru nak study. lagi satu, ni gambar poster ngan member2 aku .

Thursday, September 22, 2005

i'm back

dah lama tak tulis blog. sebab dua minggu yg lepas ni memang busy giler ngan assignment. Sekarang ni semuanya dah berakhir. tapi utk semester ni je lah. yg lain belum lagi. baru permulaan je ni. tapi buat masa sekarang ni aku nak rileks kejap la. esok aku balik rumah. sebab parents pun dah bising lama tak balik. untuk malam ni aku nak main game puas2. lepas tu tgk movie. hahahaha. enjoynya hidup aku buat masa dan ketika ini.

Tuesday, September 20, 2005

Drawing plak

pagi ni mmg tak tido la. Sebab kelas drawing kul 9. kalau tido sure aku tak bangun nye. Dah la hari ni nak hantar final project. Ntahla. bnyk lagi yg tak siap. tapi hari ni dtg tinggal nak touch up je. pastu hantar. then esok ada kuiz math. lepas tu baru boleh rilek kejap. minggu depan dah nak exam la plak.ermmm. whatever la.

Monday, September 19, 2005

Mdf

Fuhhhh. Lega. Baru aje hantar mdf pukul 2 tadi. Lega jugak la sebab dah lepas satu beban. Tapi ada lagi satu iaitu drawing. Malam ni atau petang ni kot baru buat. Esok dah bleh hantar drawing. lepas tu kuiz math plak. Bilik aku habis bersemak. Budak2 buat mdf. Tapi di sebalik buat mdf ni, aku juga dapat sesuatu. Seronok. Sebab aku ada bnyk kawan. Dan dalam dua tiga hari ni, walaupun agak penat tapi best. Whatever la.Aku nak sambung main gta San Andreas.

Wednesday, September 14, 2005

Hari Rabu

Ahh. Aku tak tido hari ni. Budak2 buat j session plak kat bilik. Then buat lawak and whatever. Aku terus takleh tido. Alang2 dah subuh, aku ngan ridz ngan shah sembahyang subuh berjemaah sama2. Lepastu kitaorang gi breakfast kat hassan. Makan telur separuh masak dua biji, Roti planta dan nescafe panas. Wah best2. Pastu kelas drawing plak. En hanafiah plak asyik membebel je. Ah aku tak tahan betul. Kelas mla plak just pergi, sign attendance then balik tido. Ambik rehat jap. Pukul 5 bangun buat reading portfolio balik. Tetiba dpt message dari yang . Dia ckp kena hantar sketches kat En Ramlan sebelum pukul 6. Waktu tu dah pukul 5.40. Ahh. Bergegas aku buat sketch.Aku call ramlan mintak dia tunggu jap. Pastu aku gi ngan aman.Dia cakap dia accept . Ahh lega. Lepas ni nak sambung balik reading portfolio.

Tuesday, September 13, 2005

Huhuhuhuhu~

Minggu ni memang betul2 tough bagi aku. Baru je abis hantar komik strip dgn website dia sekali. Lepas ni nak kena buat reading portfolio. Khamis ni dia nak . Hari ni dah selasa. Nak kena siapkan 22 article report. Huh penat gila. Esok plak ada kelas drawing. Final project. Tough jugak . Pastu nak kena jumpa En Ramlan utk sketches. Minggu ni nak siapkan Final projek utk mdf.petang2 ni lepak2 kejap la. Rehatkan minda sebab malam ni dah nak kena mula struggle balik.

Thursday, September 08, 2005

Drawing




Hari ni dah mula pergi kelas macam biasa. Tapi agak susah la nak jalan. Dah la hari ni kelas melukis. Susah jugak la nak melukis pakai tgn yg sakit dan luka. Tapi takpe. Aku lukis jugak slow2. Boleh tahan la sketches aku tadi. Bila la tgn nak elok ni. Kaki pun sama. Terjengket2 aku jalan tadi. Penat gila.

Wednesday, September 07, 2005

Full story

Luka2 aku telah pun kering. Hanya menunggu ia sembuh. Sakit tu dah kurang la sikit. Cerita dia macam ni. Waktu aku ride motor tu, aku ride macam biasa je. Sampai dekat corner tu aku noticed ada kotoran berwarna hitam yg bnyk atas jalan tu. Aku ingat itu hanya kesan2 kotoran. Aku terus menunggang seperti biasa. Tiba2 bila tayar scooter aku berada atas kotoran itu baru aku sedar kotoran itu adalah minyak yg masih basah dan licin. Tapi semuanya dah terlambat. Aku hilang kawalan dan terus jatuh tergolek. Mula2 aku tergolek. Tiba2 aku sedar wan ada dekat belakang aku. Dan aku terus terseret di atas jalan tar itu. Sedang aku terseret aku terdengar wan bersuara begini,"oh, shit, shit, shit". Kelakar plak bila dingat2 kembali. But wan tak teruk sgt. Wan sekarang ni sudah pun sihat dan boleh berjalan laju. Aku je yg terhegeh2.Tapi perkara yg paling menyeksakan ialah waktu luka aku di cuci. Memang perit. Apa jenis cecair dia bubuh dekat atas luka aku. Aku mengerang. Cukup pedih. Tapi sekarang ni tgn aku masih tak sembuh lagi. Begitu juga lutut aku. tapi mc 2 hari telah pun berlalu. Macamana aku nak drawing esok?

Sunday, September 04, 2005

Accidentally



Hari ni mmg malang bagi aku. Tak pasal2 aku accident. Yang paling buat aku bersalah ialah wan affendy turut terlibat. Aku muncul ni utk menjawab persoalan ramai. Aku sihat dan dapat mc dua hari. Overallnya just injured skit. Tapi mmg tak sangka jalan tu berminyak. Kitaorang mmg shock gila. Aku sampai sekarang masih bleeding. ntahla. Tapi aku rasa amat bersalah kpd wan. Wan aku minta maaf sgt2.Nasib baik ada sarah bwk kitaorang ke klinik kat dengkil. Serious mmg perit waktu doktor cuci luka aku. Nak tulis bnyk2 sakit tgn. Aku akan cerita dgn lebih terperinci bila dah sembuh nanti.

Saturday, September 03, 2005

Cheated

Bengang giler bila tau the truth. Tak pasti siapa yg salah. Shit!!!! Shah tipu aku. Dia gunakan aku utk ambik wallet dia. Dalam tu ada receipt utk dia claim duit. Tgh2 mlm dia suruh aku hantarkan benda tu kononnya sara or whatever cmc tu nk minta aku berlakon la bla bla bla. Kalau nak minta tolong just ckp je la. Takyah la nak buat aku cam ni. Serious aku bengang gilerr. Apa makna kawan?

The boxer


Hahahaha. Wan Affendy dah balik. aku baru balik dari makan hb3. Masuk bilik je jumpa Wan Affendy. Tadi mkn mula bertiga je dgn zaxx ngan ridz. Tetiba dtg plak elyn ngan konco2 nya. Pastu balik makan jumpa la Wan Affendy dgn boxer barunya. Kali ni dgn corak Bugs Bunny. Mampukah boxer baru wan ini menandingi boxer Spongebob Square pant Daus yg telah sedia terkenal menerusi video clip ci ke ah. Apapun hantarkan undian anda. Hidup boxer Bugs bunny wan!!!!

Hari sabtu



Hari ni baru nak start buat mdf. Tapi semalam dah cari dah bhn2. Kiranya hari ni tinggal nak buat je la. Dah siap takat simulated. yg abstract ngan invented tu nak siapkan mlm ni. Pastu esok bleh touch up2 je.harap2 sempat lerr.

~huh~

Dah lama tak tulis blog. Bukan sebab apa. takde semangat sebenarnya. Ntahla. Aku rasa sejak akhir2 ni cam tak best je. Tadi aku pergi src. Tolong shah, sara, amin dan krew2 cmc yg lain. Diaorang nak buat video lagi. Dapat gak la hilang bosan. Tadi aku tgk video clip rossa. Lagu pudar. Tak sangka la plak rossa tu comel giler. Macam Nora Danish pun ada sikit2. Tgk ulang2 pun tak bosan. Tapi balak dia dalam video clip tu bodoh giler. Ada awek sikit punya comel pun tak appreciate. Sekarang ni tgh tunggu amin dtg bilek utk sambung video clip yg tgh nak buat ni. Bosan2 aku tulis la blog. Sebenarnya ada something yg mengganggu diri aku sejak kebelakangan ni. Tapi. Entahla...

Wednesday, August 31, 2005

MERDEKA

Hari ni hari merdeka. Tapi aku tak rasa apa2 pun. Semangat patriotik aku dah hilang. Hari ni dahla bangun lambat. Pastu pergi alamanda dgn shah. Kitaorang nak beli something. Waktu makan dkt McD aku jumpa Sara dgn Amin. Kenal pun gitu2 je. Kalau tak kerana shah kenal dia. Aku rasa aku pun tak kenal mereka itu. Kononnya hari ni nak buat assignment. Tapi macam biasa la. Cita2 je tinggi. Tapi habuk. Ha itulah silap kau. Takde apa2 nak tulis lagi. cuma nak lengkapakan rutin harian je.

Tuesday, August 30, 2005

Hairan

secara tiba2 aku terbaca comment yg positif diberikan kepada blog aku. Tapi aku tak kenal pengomennya. Siapakah auragadis melayu ? tolong beri maklum balas.

Penat

baru abis main bola. Penat jugak. kitaorang kena main awal sebab lampu tutup awal. pukul 10 lampu dah tutup. kalau dulu boleh main sampai pukul 12. Tak best betul.Malam nak countdown merdeka ni tak tau nak buat apa. member semua balik. nasib baik zaxx tak balik. kalau tak solo la aku. Mau tak leh tido kalau dah solo. sorry la aku ni penakut skit. hahahaha. bila mengenangkan assignment yg bnyk, aku rasa rungsing gila. hari ni aku rasa loser sgt. Aku bnyk lepaskan peluang keemasan tadi. Kenapa? aku tak pandai hal2 ni. maklumlah new learner. ahhh. shit. Takpe aku akan cuba lagi.

Balai seni lukis negara





Hari ni kitaorang budak2 alpha pergi balai seni lukis negara. Boleh tahan la . Best la jugak. Mula2 tu waktu dekat bas budak foreigner buat taik terutamanya ali. Pastu dah sampai dekat balai seni lukis negara tu best la jugak. Mak cik guard tu dah tak larat nak sound dah. "Adik, kat sini tak boleh ambik gambar". Tapi semua orang buat bodoh je. Ambik juga gambar. Hahahaha. Lukisan diaorang lawa2 giler. Cukup dekat art gallery. Pastu kitaorang pergi plak jalan cornlay. Mula2 sampai kitaorang pergi makan dulu. Hahaha. Murah jugak makanan kat sana. Lepas tu jalan2 jap then sembahyang. Habis sembahyang kitaorang pergi jalan2 dekat kedai cendrahati. Tapi bukan nak beli pun . tangkap gambar je. Last2 kena sound dgn promoter dekat situ. Kuat plak tu. memang malu tak terkira.hahaha. Blue dah asyik mencarut2 je. Waktu balik plak semua org tido je sepanjang perjalanan pulang.

Friday, August 26, 2005

Alpha nite

That's Why (You Go Away) Lyrics


Baby won't you tell me why there is sadness in your eyes
I don't wanna say goodbye to you
Love is one big illusion I should try to forget
But there is something left in my head

You're the one who set it up now you're the one to make it stop
I'm the one who's feeling lost right now
Now you want me to forget every little thing you said
But there is something left in my head

Chorus:
I won't forget the way you're kissing
The feeling's so strong were lasting for so long
But I'm not the man your heart is missing
That's why you go away I know

You were never satisfied no matter how I tried
Now you wanna say goodbye to me
Love is one big illusion I should try to forget
There is something left in my head

Yes i know

Chorus

Sitting here all alone in the middle of nowhere
Don't know which way to go
There ain't so much to say now between us
There ain't so much for you
There ain't so much for me anymore

Chorus

That's why you go away I know




Perghhhh! lega. everything settle. Lepas aku dari beban nak buat show. Malam ni 'cool' gila. Akhirnya aku dapat menghayati watak. Hahahaha. Seronok betul bila dpt bnyk thumbs up dari org. Semua ni aku tak pernah terfikir pun akan berlaku. Semuanya bermula di mmu. Aku hampir 100% berbeza dgn diri aku yg dulu. Diri aku di sekolah menengah dulu.Memang tak percaya aku boleh buat. Bila dikenang2 masa mula2 practice dulu rasa nak tergelak. Sebab waktu tu aku dgn muka takde perasaan dan malu nak berlakon kena berlakon watak ni. Waktu tu aku rasa mesti aku punya watak ni diganti oleh aman sebab dia lebih talented.Tapi thanks la dekat zaxx sebab dia tak pernah kata aku tak boleh. Dia terus cakap yg aku buat ok walaupun hakikatnya teruk. Yang lain2 pun tak kurang membantu aku. especially aman, hanim,adam, yang dan wawan.Akhirnya malam ni persembahan ni menjadi dan aku berjaya menghidupkannya. For all group 4 pm thanks for your support and cooperation. I luv u guys. Thank u very much for giving me this chance.

loser

hari ini aku perform lagi. Ntah apa2 aku buat tadi. Malu giler. lampu ngan lagu tak masuk langsung. Aku rasa betul2 loser. Macam seorang badut. Aku berlakon tapi org lain tak paham. Ntah la. Tak tau la camna lepas ni. Aku harap baki sehari lagi ni sempat utk touch up everything.
I'm a loser!!!!!!!

Sunday, August 21, 2005

Let's Bowl



Baru balik dari main bowling dekat alamanda. Persatuan bowling buat gathering. Mulanya malas. Tapi bila memikirkan harganya yg begitu murah, aku terus berubah fikiran. Main tiga game cuma bayar RM3 aje. Bayangkanlah betapa murahnya. Puas hatilah juga. Aku menang 1st game je. Yang lagi dua game tu semua kalah teruk. Overall aku tak tau.Aku main dgn azwan aziz, irwan, kem dan lagi sorang yg tak dikenali bernama azrai. Main dgn diaorang ni aku takde la malu sgt sebab macam lebih kurang je. Irwan baling bola memang konsisten. Begitu juga dgn kem. Aku je yg kejap power kejap sial.

Saturday, August 20, 2005

Unpredictable



memang extra ordinary bagi aku. Aku berjaya melakukan sesuatu yg tak mampu aku lakukan tapi aku nak lakukan dan berjaya ku lakukan pada hari ini. Cool gila. Satu permulaan yg baik. Hati pun senang skit sebab mdf dah siap. So kerja kurang skit. Esok aku nak pergi main bowling plak dekat alamanda. Murah gila sial. Melukis tadi syok gak. Lukis ramai2 dgn geng unnamed. Tinggal nak siapkan cg ngan study math. Esok busy skit kot. Perghh penat. tapi berbaloi. Sambil buat blog ni aku layan lagu jiwang bagi naik feel malam. Lukisan aku nampak macam buruk. Aku nak buat lagi satu tapi masa dah suntuk gila. Tapi aku akan cuba buat. Rasanya tak buat kot. Tapi yg pentingnya malam ni aku seronok sgt. Aku nak bermimpikan sesuatu yg indah malam ni. Hahaha.

Enjoy the life







Penat giler.Baru balik dari the mines. Aku pergi dengan amir, ridz, dan nik. 1st time keluar dengan diaorang. Yg pentingnya aku dapat jugak beli kasut converse. hahaha. Mula2 main snooker ngan diaorang. best jugakla. Then, main bowling. berhabis sakan. Aku dah nak menang dah. tetiba last minute amir potong aku. Cis tak guna punyer amir. Takpe amir. Beza 3 mata je. Mula2 tadi ingat nak ikut ridz gi celebrate birthday irwan . Tapi segan la plak sebab irwan tu bukannya aku kenal pun. Pastu kitaorang tukar plan dan pergi The Mines. Hahahaha. The mines lagi best. tapi yang tak bestnyer duit berkurang. Hmmmm. sedih jugak la.

Friday, August 19, 2005

Cool



Hari ni macam biasa la. Kalau dah takda kelas mestilah bangun lambat. Nasib baik Shah kejutkan untuk pergi sembahyang jumaat. Kalau tak melepas lah aku. Nampaknya Shah dah berubah sikit. Dulu tak sembahyang. Tapi sekarang dah mula sikit-sikit. Tapi tak tau la konsisten ke tak. I hope so. Buat shah, keep up the good work. Jangan hangat-hangat taik ayam je. Kita hidup bukan selamanya. Tadi satu kejadian yang baik berlaku kat aku. Seronok gila. Tapi kena cool jugak. Teruskan mengikuti perkembangan diri ku dari semasa ke semasa.

Thursday, August 18, 2005

Sepagi Di Hassan





Pagi ni kitaorang pergi Hassan Cafe. Saja minum2. Dah macam aktiviti rutin kalau esok harinya takde kelas atau kelapangan. Dah lama jugak ci ke ah tak berkumpul macam ni. Sejak masing2 sibuk dengan awek masing2. Tapi Shah je yg tak ikut. Dia ada problem sikit . Soal hati la katakan. serius. Jiwa kacau. Di sini saya lampirkan sekali gambar2 kita orang dekat Hassan tadi. Memang bergaya sakan tadi. Feeling abis. Masing2 dgn pose yg tersendiri. Oklah. silakan menikmati, santapan yg disediakan(gambar2).

The beginning

Hari ni start buat blog. Tetiba tergerak hati nak create blog sendiri sejak pergi kelas media appreciation hari tu.Firstly memperkenalkan saya Mohammad Dzulsyafiq b Mohammad Yusoff sebagai watak utama dalam blog ni.